Pesta Chongyang Disambut Meriah di China

2020-10-26 14:08:48  CRI
Share with:

Pesta Chongyang yang jatuh pada hari ke-9, bulan ke-9 menurut kalendar tradisional Cina biasanya disambut dengan menjalankan pelbagai aktiviti seperti mendaki gunung, menikmati pemandangan yang indah pada musim luruh, memuja nenek moyang serta menyembah dan berdoa kepada dewa-dewi.

Pesta Chongyang Disambut Meriah di China_fororder_2

Pesta Chongyang tahun ini yang jatuh pada 25 Oktober lalu, disambut di serata tempat negara ini dengan tambahan dua elemen baharu, iaitu menunjukkan rasa syukur dan menyampaikan rasa hormat kepada ibu bapa dan warga emas.

Pesta Chongyang Disambut Meriah di China_fororder_1

Pertunjukan kesenian dan aktiviti menyambut hari jadi secara beramai-ramai telah diadakan di komuniti Mingyuan, bandar Xi’an pada 23 Oktober lalu. Selain itu,  aktiviti penyampaian anugerah dan pameran karya fotografi, kaligrafi, lukisan dan mendeklamasi sajak yang terpilih diadakan di “Rumah Buku Qinzhou”, Universiti Warga Emas Shanghai secara dalam talian dan luar talian pada 24 Oktober lalu untuk menyambut Pesta Chongyang.

呂清