Xinjiang: Kawalan Kesihatan Golongan Berisiko Tinggi Dilaksanakan

2020-10-26 14:05:36  CRI
Share with:

Xinjiang: Kawalan Kesihatan Golongan Berisiko Tinggi Dilaksanakan_fororder_1603628829464_819_618x345

Pihak berkuasa tempatan Shufu, Kashgar Xinjiang mengambil tindakan segera termasuk menjalankan siasatan patologi dan saringan secara besar-besaran terhadap penduduk tempatan.

Naib Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Gu Yingsu berkata, ia susulan tercetusnya gelombang baharu wabak COVID-19 di situ baru-baru ini.

Menurutnya, langkah mengesan kontak rapat kesemua 138 pesakit asimptomatik telah berjaya dilakukan dan langkah-langkah kawalan  kesihatan terhadap mereka yang berisiko tinggi telah diambil.

Untuk rekod, setakat pukul 2 petang 25 Oktober, daripada 4.75 juta penduduk di Kashgar yang perlu disaring, seramai 2.84 juta penduduk telah menerima ujian asid nukleik (NAT).

Dalam pada itu, Gu memberitahu bahawa kos golongan asimptomatik atau golongan positif  COVID-19 akan ditanggung oleh kerajaan semasa menerima rawatan di hospital.

Sekarang cuaca menjadi semakin sejuk di China dengan pemerebakan penyakit berjangkit seperti flu. Selain itu, sempena Tahun Baharu China, penghijrahan berjuta-juta orang juga akan menambah risiko penularan wabak di negara ini. Walau bagaimanapun, dengan langkah pencegahan dan kawalan yang berkesan dalam normal baharu ini, kemungkinan penularan wabak secara besar-besaran amat nipis.

覃淼