Situasi COVID-19 di Kashgar Terkawal

2020-10-26 14:39:25  CRI
Share with:

Suruhanjaya Kesihatan Bandar Kashgar, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang menghantar kumpulan kakitangan perubatan untuk menjalankan pemeriksaan asid nukleik (NAT) terhadap penduduk di bandar itu bermula petang 24 Oktober.

Setakat pukul 8.00 pagi 25 Oktober, sebanyak 602 kumpulan perubatan telah menyelesaikan NAT terhadap 308,207 penduduk manakala keseluruhan proses ujian NAT ke atas semua penduduk di situ dijangka akan mengambil masa selama dua hari.

Dalam pada itu, kesemua sekolah dan tadika ditutup sementara hingga 30 Oktober bagi tujuan jaminan keselamatan murid-murid, sementara pusat beli belah dan pasar raya beroperasi seperti biasa, sekali gus memastikan bekalan barangan keperluan seharian di bandar itu stabil.

Dalam perkembangan lain, Suruhanjaya Kesihatan Negara juga telah menghantar kumpulan kerja ke Kashgar untuk memantau kerja-kerja pembendungan wabak.

徐國瑋