Terbitan Bertemakan Perang Menentang Pencerobohan AS dan Bantu DPRK di Beijing

2020-10-26 14:02:48  CRI
Share with:

Terbitan Bertemakan Perang Menentang Pencerobohan AS dan Bantu DPRK di Beijing_fororder_kmyc

Majlis pelancaran terbitan bertema untuk memperingati ulang tahun ke-70 Perang Menentang Pencerobohan AS dan Membantu Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) telah diadakan di Beijing semalam.

Terbitan Bertemakan Perang Menentang Pencerobohan AS dan Bantu DPRK di Beijing_fororder_kmyc1

Naib Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China merangkap Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong berkata, CMG telah menyiarkan tiga dokumentari dan satu persembahan malam gala untuk memperingati ulang tahun Perang tersebut dalam saluran televisyen, radio dan media baharu, yang turut dilaporkan meliputi 1.9 bilion penonton.

Terbitan Bertemakan Perang Menentang Pencerobohan AS dan Bantu DPRK di Beijing_fororder_kmyc3

Dimaklumkan, empat karya klasik itu akan diterbitkan di masyarakat antarabangsa menerusi Korporat Televisyen Antarabangsa China (CITVC).

Menurut Presiden CITVC, Tang Shiding, versi seberang laut akan diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Arab dan Rusia, yang meliputi lebih 100 negara dan rantau.

高蕾