Sudan, Israel Mulakan Pertukaran Ekonomi dan Perdagangan

2020-10-26 12:19:49  CRI
Share with:

Kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar Sudan mengumumkan pihaknya akan memulakan pertukaran ekonomi dan perdagangan dengan Israel.

Menurut kenyataan tersebut, Sudan dan Israel membuat keputusan untuk menamatkan “hubungan saling bermusuhan”, sebaliknya memulakan pertukaran ekonomi dan perdagangan yang mengutamakan pertanian demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Delegasi kedua-dua negara akan mengadakan mesyuarat pada beberapa minggu akan datang untuk mencapai perjanjian kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan, ekonomi, penerbangan dan imigrasi.

Sementara itu, kementerian tersebut pula mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan nama Sudan dibatalkan dari senarai “negara penyokong keganasan” oleh Amerikat Syarikat (AS) akan membantu Sudan kembali ke masyarakat antarabangsa dan memulihkan ekonomi. Sudan berharap dapat meningkatkan kerjasama pelbagai bidang dengan AS.

張憲