56 Platform Urusniaga Sepanjang Tahun untuk CIIE Ketiga

2020-10-26 14:39:05  CRI
Share with:

Bilangan platform untuk urusniaga dan pameran sepanjang tahun  "6 hari+365 hari "meningkat kepada 56 buah dalam Pusat Urusniaga dan Pameran Komoditi Import Hongqiao, Shanghai baru-baru ini.

56 Platform Urusniaga Sepanjang Tahun untuk CIIE Ketiga_fororder_W020201026488915136031

Platform urusniaga dan pameran tersebut bermanfaat bagi memasarkan barang pameran dan mempermudahkan urusan perniagaan dalam Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketiga yang akan berlangsung di Shanghai nanti. Dengan adanya platform-platform tersebut, Pusat Urusniaga dan Pameran Produk Import Hongqiao yang seluas  100 ribu meter persegi itu, dengan 30 ribu meter persegi antaranya sudah siap menjelang perasmian CIIE Ketiga, dilaporkan mula dilengkapi fungsi pameran, perdagangan, urusniaga, penjualan dan perkhidmatan gudang penyimpanan.

Sebanyak lebih 20 ribu jenis komoditi yang melibatkan lebih dua ribu jenama  akan dipamerkan dan diurusniagakan di Pusat Urusniaga dan Pameran Komoditi Import Hongqiao semasa berlangsungnya CIIE Ketiga. Angka ini meningkat 100% berbanding dengan yang tercatat dalam CIIE kedua. 

呂清