Israel Jalankan Latihan Ketenteraan Besar

2020-10-26 14:24:53  CRI
Share with:

Tentera Pertahanan Israel mengeluarkan kenyatan semalam yang mengumumkan latihan ketenteraan berskop besar dengan kod“Lethal Arrow” telah dimulakan pada hari yang sama.

Latihan kali ini akan berlangsung hingga 29 Oktober dengan kandungan yang menyimulasikan senario pertempuran di pelbagai tempat, terutamanya di bahagian utara. Latihan itu bertujuan meningkatkan kemampuan pertempuran semua anggota tentera Israel dengan penglibatan tentera udara, laut dan darat serta biro perisikan, biro teknologi dan logistik dan biro pencegahan sibel.

Pegawai Turus Am Tentera Israel berkata kepada media, memandangkan situasi di sebelah utara dan selatan negaranya berkemungkinan bertambah buruk hingga menjurus ke arah konfrontasi, tentera Israel sedang mempercepat persiapan bagi menghadapi kemungkinan tercetus konfrontasi itu. Sebagai latihan tentera anjuran Israel yang paling besar skopnya sepanjang tahun 2020, "Lethal Arrow" terutamanya menyimulasikan pertempuran antara tentera Israel dengan Hezbollah Lubnan.

曹捷