Mudahkan Pelepasan Kastam untuk Barang Pameran CIIE

2020-10-26 14:01:38  CRI
Share with:

Barang pameran yang bernilai lebih USD8.7 juta(RM 36 juta) telah  tiba dan lulus pemeriksaan kastam di Shanghai untuk Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-3 yang dijadualkan berlangsung pada November nanti.

Menurut maklumat dari Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC),pihaknya berusaha mengoptimumkan dan menaiktaraf sistem pelepasan agar barang pameran diterima masuk ke Shanghai tanpa penggunaan borang kertas berdasarkan pemeriksaan secara dalam talian dan luar talian. Di samping itu, tindakan inovatif akan diambil untuk menyokong urusniaga e-dagang rentas sempadan untuk memenuhi permintaan pihak penganjur dan pihak pempamer CIIE.

GACC juga menghentikan prosedur pengesahan terhadap barangan yang berbentuk makanan, tumbuh-tumbuhan dan produk haiwan daripada negara luar yang diatur akan dibawa masuk China yang belum mendapatkan permit kuarantin bagi mengawal risiko penularan COVID-19.

呂清