Vaksin COVID-19 China Selamat

2020-11-14 15:15:49  CRI
Share with:

Hanya selepas Badan Pengawasan Kesihatan Brazil (Anvisa) mengumumkan penyambungan semula ujian klinikal vaksin COVID-19 hasil bersama syarikat China dengan Institut Butantan, barulah fitnah terhadap keselamatan vaksin China dihapuskan.

Pada 9 November, Anvisa bertindak menggantung ujian klinikal vaksin COVID-19 yang dibangunkan syarikat farmaseutikal China, Sinovac Biotech disebabkan berlakunya insiden kematian melibatkan seorang sukarelawan pada 29 Oktober lalu. Berita ini mencetuskan kontroversi hingga menjadi bahan murahan politik kepada pegawai Brazil untuk memburuk-burukkan China sebelum hasil siasatan diumumkan.

Akhirnya, pihak polis mengesahkan bahawa sukarelawan berkenaan mati dipercayai akibat membunuh diri, manakala Institut Butantan pula berkata, vaksin Sinovac tidak didapati masalah dari segi keselamatan, dan tiada kaitan dengan insiden kematian.

China, selaku negara yang maju setapak dalam penghasilan vaksin di dunia, kini memiliki empat jenis vaksin COVID-19 dalam fasa ketiga ujian klinikal, yang didapati selamat dan mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa.

董筱娉