Indikator Jelas Perkasa Pembaharuan, Keterbukaan dan Inovasi

2020-11-14 15:08:57  CRI
Share with:

Shenzhen muncul sebagai metropolis penuh inovatif daripada sebuah kampung nelayan pada 40 tahun lalu, manakala Pudong, Shanghai pula memartabatkan diri sebagai sebuah kota baharu yang moden daripada jeti berlumpur pada 30 tahun lalu.

Presiden China, Xi Jinping telah menghadiri majlis sambutan ulang tahun pembaharuan dan keterbukaan di kedua-dua tempat dalam tempoh sebulan kebelakangan ini. Dalam pada itu, beliau telah merangka cetak biru baharu untuk pembangunan Shenzhen dan Pudong pada masa hadapan, sekali gus memberi indikator jelas bahawa China akan terus memperkasakan usaha pembaharuan, keterbukaan dan inovasi.

Dalam konteks ini, Pudong komited memperkasakan usaha inovasi dan keterbukaan secara keinstitusian pada tahap lebih tinggi, sementera Shenzhen menyasarkan untuk menjadi teladan inovasi sains, teknologi dan perindustrian yang berpengaruh di peringkat antarabangsa.

Shenzhen dan Pudong juga berpotensi untuk menarik sumber global, dan mampu menjadi hub kepada pola pembangunan baharu yang mengambil kitaran domestik sebagai tonggak utama, di samping kitaran domestik dan kitaran antarabangsa saling menggalakkan. Perkara ini bukan sahaja akan menerajui pembangunan China yang lebih berkualiti, tetapi juga menyuntik penggerak kepada ekonomi global. 

張哲