Pemeteraian RCEP, Kemenangan Multilateralisme

2020-11-16 15:02:57  CRI
Share with:

Setelah mengalami rundingan rasmi sebanyak 28 pusingan dalam tempoh lapan tahun, Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berjaya dimeterai secara maya semalam. Ini menandakan terbentuknya kawasan perdagangan bebas yang populasinya paling banyak, kepelbagaian anggotanya paling menonjol dan potensi pembangunannya paling besar di dunia.

Dipengaruhi amalan perlindungan dan unilateralisme yang dijalankan politikus Amerika Syarikat dan tercetusnya wabak COVID-19, ekonomi dunia sekarang ini berada dalam keadaan kemerosotan. Berlatarbelakangkan ini, penandatanganan RCEP bermakna 'undi memveto' yang dikeluarkan pasaran Asia Timur terhadap perlindungan perdagangan, dan juga dilihat boleh memperkukuh keyakinan pasaran terhadap pembangunan ekonomi sejagat dan amalan multilateralisme.

Serentak itu, RCEP akan menggalakkan pelbagai negara anggota menonjolkan kelebihan masing-masing dengan sepenuhnya, terus menjana peningkatan kedinamikan dan meneroka potensi pertumbuhan ekonomi rantau Asia Timur dan menambah penggerak baharu bagi mendorong pembangunan dan kemakmuran serantau. Bagi China pula, penandatanganan RCEP mencerminkan pucuk pimpinan China menunaikan janjinya untuk terus meningkatkan keterbukaan. Dengan kesempatan ini, China yang memanfaatkan pasaran gergasi dan permintaan domestik negara sendiri, akan mendorong pelaksanaan dasar pintu terbuka berkembang ke arah yang berkualiti tinggi, dan sudi berkongsi dividen pembangunan yang semakin banyak dengan dunia.

Walaupun menempuh jalan yang penuh dengan ranjau duri, globalisasi yang berkembang semakin menyeluruh ini sudah menjadi arus zaman yang tidak dapat dibalikkan. Pemeteraian RCEP dengan lancar sekali lagi membuktikan apa yang disebut “memutuskan hubungan ekonomi dan perdagangan”mustahil disokong, sedangkan amalan multilaterallisme dan perdagangan bebas baharulah pilihan yang wajar dalam perkembangan arus zaman.

曹捷