Kagum Ekonomi China yang Lebihi Jangkaan?

2020-11-18 14:45:47  CRI
Share with:

"Pertumbuhan ekonomi China melambung pada Oktober, dan turut memperkukuh kedudukannya sebagai satu-satunya entiti ekonomi utama yang mewujudkan pertumbuhan pada tahun ini", demikian ulasan dari Berita Bloomberg Amerika Syarikat (AS). Menurut Berita Reuter pula, prestasi ekonomi China "melebihi jangkaan".

Menurut data yang diumumkan Biro Statistik Negara China kelmarin, industri yang mempunyai skop yang tertentu bertumbuh pada kadar 6.9%, naik 2.2% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, melebihi 6.5% yang diunjurkan Reuter. Sedangkan indeks industri perkhidmatan mewujudkan pertumbuhan sebanyak 7.4%, naik 2% dibanding bulan sebelumnya.

Selain itu, penambahbaikan sektor penggunaan pula mengagumkan. Ini terbukti dengan jumlah jualan runcit masyarakat China merekodkan RMB3.86 trilion (RM2.41 trilion), meningkat 4.3% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, antaranya pendapatan sektor katering menyumbangkan RMB437.2 bilion, (RM273 bilion), meningkat 0.8%, iaitu pertumbuhan positif yang pertama pada tahun ini. Pada percutian Hari Kebangsaan dan Hari Kuih Bulan, RMB1.6 trilion (RM1.0 trilion) dari jualan runcit, 637 juta orang pelancong dan RMB466.5 bilion (RM291.77 bilion) yang terkutip sebagai pendapatan pelancongan "telah melepaskan signal yang jelas tentang pemulihan ekonomi negara China daripada penularan wabak".

Serentak itu, kehidupan rakyat stabil. Dimaklumkan, kadar pengangguran mencecah 5.3% pada Oktober lalu, menyusut 0.1% berbanding September. Dan 10.09 juta peluang kerja tambahan disediakan di dalam dan luar bandar pada Januari hingga Oktober, yang bermaksud matlamat yang ditetapkan bagi sepanjang tahun tercapai lebih awal.

Penjana baharu bagi pembangunan ekonomi China pula bertambah kuat. Nilai tambahan industri perkilangan teknologi tinggi meningkat 5.9% pada 10 bulan pertama tahun ini, lebih tinggi daripada industri mempunyai skop yang tertentu. Ekonomi digital, sektor baharu dan produk baharu berkembang menjadi penjana baharu bagi peningkatan daya tarik pasaran gergasi yang berpotensi paling besar di dunia ini.

Keputusan tinjauan yang diadakan IHS Markit pada hujung Oktober terhadap lebih 6,600 syarikat dari 12 buah negara menunjukkan, urus niaga perusahaan terbabit dalam pasaran China pulih dengan paling cepat.

Seiring dengan pelaksanaan sejumlah dasar keutamaan yang akan membawa dividen semakin banyak dan persekitarannya pun menjadi semakin kondusif, China yang mempunyai asas yang kukuh, tentulah boleh merealisasikan matlamat sepanjang tahun, sekali gus menggalakkan keyakinan dunia.

高蕾