Kesengsaraan rakyat AS Semakin Parah Ekoran Kelalaian Politikus

2020-11-21 12:30:58  CRI
Share with:

Wabak COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) nampatnya hampir tidak dapat terkawal pada masa sekarang. Dalam tempoh masa seminggu lalu, jumlah kes positif baharu dilaporkan setiap hari melebhi 160 ribu secara puratanya, meningkat 77% berbanding kadar dua minggu lalu. Setakat 18 November waktu tempatan, jumlah agregat kes kematian di negara itu melebihi 250 ribu. Selain itu, setakat minggu lalu, terdapat hampir 1.04 juta kanak-kanak dan remaja AS dikesan positif dalam ujian COVID-19.

Namun,  mereka yang memegang kuasa pemerintahan AS kelihatan sama sekali tidak pernah tersinggung oleh keadaan yang begitu teruk, sebaliknya tetap asyik bermain dalam perlawanan politik. Baru-baru ini, pemimpin AS sekali lagi memfitnah China dengan menamakan COVID-19 sebagai “wabak China”, dan berniat mengulangi klise yang mengambinghitamkan China.  

China adalah negara yang paling awal memaklumkan keadaan wabak COVID-19 di dunia, namun ini bukan bermakna wabak itu berpunca dari China. Terdapat semakin banyak maklumat dan hasil tinjauan yang menunjukkan, COVID-19 telah didapati jejaknya di sejumlah tempat di sejumlah negara, bahkan ada sebahagian lebih awal daripada yang dikesan di China. Punca virus merupakan satu soalan sains, yang memerlukan ahli sains dan pakar perubatan menjalankan penyelidikan untuk membuat kesimpulan. Sesiapa pun tidak berhak mempolitikkan soalan itu, bahkan melabelkan virus jenis itu dengan nama mana-mana pihak.

Berbanding dengan penularan wabak di AS yang dahsyat, yang lebih dahsyat itu adalah sikap lalai dan manipulasi politik pihak berkuasa yang cukup keji. Kerajaan AS yang bercuai dalam menangani risiko kesihatan awam yang melambung sekarang ini, dan  bersikap apati terhadap keselamatan nyawa rakyat negaranya, akan menjadikan malapetaka buatan manusia ini semakin dahsyat.

曹捷