Cadangan China Terajui Tadbir Urus Global Pasca Wabak

2020-11-23 14:51:54  CRI
Share with:

Cadangan China Terajui Tadbir Urus Global Pasca Wabak

"Kita perlu mematuhi prinsip bermuafakat, membina bersama dan berkongsi, mempertahankan multilateralisme, keterbukaan dan keinklusifan, mewujudkan kerjasama saling menguntungkan, dan membangunan mengikut perkembangan semasa." Inilah pandangan dan cadangan Presiden China, Xi Jinping terhadap order antarabangsa dan tadbir urus global pasca wabak ketika beliau berucap dalam sesi pertama Sidang Kemuncak Ke-15 Kumpulan 20 (G20) yang diadakan pada 21 November. Pandangan dan cadangan beliau memberikan panduan penting bagi G20 untuk memainkan peranan pimpinan yang lebih besar.  

Mekanisme sidang kemuncak G20 ditubuhkan susulan krisis kewangan yang melanda seluruh dunia 12 tahun yang lalu. Pada masa ini, pandemik COVID-19 membawa impak yang lebih teruk berbanding krisis kewangan 2008. G20 bukan sahaja wajib untuk menyelesaikan masalah semasa, tetapi juga perlu berpandangan jauh, menyempurnakan tadbir urus global, meningkatkan keyakinan pasaran dan memberikan harapan kepada rakyat seluruh dunia.   

Presiden Xi telah memberikan cadangan bagi mengatasi kesulitan semasa. Menurut beliau, masyarakat antarabangsa perlu membina pembendung wabak, memainkan peranan ekonomi digital sebagai penggerak, dan mewujudkan pembangunan yang lebih inklusif.

Presiden Xi Jinping telah memberikan empat cadangan iaitu memperkasakan sistem antarabangsa yang berteraskan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menyempurnakan rangka tadbir urus globalisasi ekonomi, mendorong pembangunan ekonomi digital, serta meningkatkan keupayaan bagi menangani cabaran global. Cadangan-cadangan tersebut menyumbangkan kebijakan untuk menyelesaikan krisis serta menetapkan pelan bagi tadbir urus global pasca wabak. China yang tetap menjadi pembina kedamaian dunia, penyumbang pembangunan sejagat dan pemelihara order antarabangsa akan terus bersama-sama masyarakat antarabangsa menyempurnakan tadbir urus global.

徐國瑋