Bervisi Jauh, Sambut Masa Depan yang Cerah

2020-11-24 14:17:42  CRI
Share with:

Bervisi Jauh, Sambut Masa Depan yang Cerah

Presiden China, Xi Jinping telah menghadiri sidang-sidang kemuncak BRICS, APEC dan G20 serta menyampaikan ucapan penting pada 17 hingga 22 November. Kenyataan beliau telah menyumbangkan kebijakan kepada pelbagai negara untuk mengatasi krisis semasa dan mewujudkan pembangunan pasca wabak.

China selaku negara yang paling awal memulihkan kegiatan pengeluaran, telah memperkenalkan siri "pelan China" yang berorientasikan terbuka, inovasi, inklusif dan mesra alam.

Inisiatif anjuran Presiden Xi bukan sahaja menjelaskan hala tuju tiga wadah penting dalam pembangunan, malah juga memberi panduan bagi membina order antarabangsa pasca wabak.

Tadbir urus ekonomi global menemui titik perubahan yang penting dalam sejarah berikutan penularan wabak COVID-19. Presiden Xi telah memberikan tafsiran komprehensif berkaitan perkara tersebut semasa berucap dalam Sidang Kemuncak G20, antaranya termausk memelihara sistem perdagangan multilateral dan mengutamakan pengurusan dalam sektor digital.

Menurut Xi, China tidak mahu mengulangi sejarah, tidak ingin putus hubungan atau membina "lingkungan kecil" yang mengetapikan negara lain. Keamanan dan pembangunan, tema zaman ini tidak akan berubah, manakala trend kepelbagaian pola dunia dan globalisasi ekonomi tidak akan dibalikkan.

覃淼