Misi Chang'e-5 Bawa Manfaat kepada Dunia

2020-11-25 14:52:12  CRI
Share with:

Misi Chang'e-5 Bawa Manfaat kepada Dunia

Prob penyelidikan Chang'e-5 telah dilancarkan dengan roket pembawa Long March-5 dari pusat pelancaran Wenchang di provinsi Hainan pada pukul 4.30 pagi semalam. Prob itu akan buat kali pertama membawa pulang sampel tanah dari Bulan untuk China.

Dalam misi ini, Chang'e-5 akan merekodkan banyak "julung-julung kali" yang amat dinanti-nantikan. Ini termasuk mengumpulkan sampel di Bulan secara automatik,  menjalankan pencantuman tanpa pemandu di orbit bulan sejauh 380 ribu kilometer dan pulang ke Bumi dengan kelajuan lepas (escape speed).

Misi Chang'e-5 Bawa Manfaat kepada Dunia

Misi oleh Chang'e-5 amat signifikan. Sebelum ini, hanya Amerika Syarikat (AS) dan bekas Kesatuan Soviet telah berjaya mengumpul dan membawal pulang tanah dan batu seberat 300 kilogram dari Bulan. Penyelidikan terhadap sampel tersebut telah banyak meningkatkan kefahaman manusia terhadap asal usul Bulan, Bumi malah sistem suria.

Prob Chang'e-5 akan sampai ke tempat yang tidak pernah dijelajah oleh manusia dan membawa pulang tanah seberat 2 kilogram.

Ahli sains dari seluruh dunia amat menanti-nantikan hasil penjelajahan Chang'e-5 kali ini. Pengerusi Persatuan Perkampungan Bulan (MVA), ahli sains dari Itali, Giuseppe Reibaldi menganggap bahawa China mencapai kejayaan yang mengagumkan dalam sains dan teknologi angkasa lepas. Misi menjelajah bulan China membawa manfaat kepada seluruh dunia.

徐國瑋