Dapatkah Hubungan EU-AS Pulih Seperti Masa Dahulu?

2020-11-27 12:26:42  CRI
Share with:

Jabatan Perkhidmatan Awam (GSA) Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengumumkan kemenangan calon dari Parti Demokratik, Joseph Biden dalam pilihan raya presiden. Pada hari yang sama, Biden berhubung dengan pemimpin Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), menyatakan keinginannya untuk memulihkan semula hubungan rentas Atlantik. Adakah hubungan AS dengan Eropah dapat kembali ke tempoh "bulan madu"?

Media Denmark melaporkan bahawa apabila negara itu meneliti rancangan untuk membeli jet-jet pejuang pada tahun 2015 dan 2016, Jabatan Keselamatan Kebangsaan (NSA) AS mengambil kesempatan itu melakukan pengintipan terhadap badan kerajaan Denmark, termasuk kementerian kewangan dan kementerian luar. Di samping itu, NSA juga mengumpulkan maklumat risikan dari dua syarikat industri ketenteraan dari Eropah yang terlibat dalam tender itu.

Pada akhirnya, jet pejuang F-35 buatan syarikat Lockheed Martin AS menang dalam tender itu. AS dikatakan memperalatkan hubungan baiknya dengan Denmark di samping menjejaskan kepentingan negara-negara sekutunya.

Selain itu, AS juga menjalankan pengintipan terhadap Sweden, Jerman, Perancis, Norway, Belanda dan negara-negara lain.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, suara kecewa malah berwaspada terhadap AS selalu kedengaran. Sementara itu, negara-negara Eropah diseru bersikap tenang terhadap hubungan rentas Atlantik.

Walaupun hubungan EU dengan AS mungkin dapat dibaiki pada tahap tertentu, namun masih wujud banyak perselisihan yang sukar untuk diselesaikan. Pemulihan semula hubungan rentas Atlantik sukar untuk diwujudkan.

胡星