CAEXPO Saksi Tekad China Perluas Keterbukaan

2020-12-02 14:20:33  CRI
Share with:

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-17 yang telah menutup tirainya pada Isnin menyaksikan 150 sesi promosi perdagangan berlangsung secara atas dan luar talian sementara sebanyak 86 projek kerjasama berjaya dicapai.

Keberhasilan CAEXPO kali ini bukan sekadar mengintensifkan ikatan muhibah China-ASEAN dari segenap aspek khususnya kerjasama perdagangan, malah satu lagi praktik bagi membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih rapat.

Apabila pandemik COVID-19 masih menular di seluruh dunia, ekspo tersebut diadakan seperti yang dijadualkan. Hal ini memaparkan kesungguhan China untuk menerajui keterbukaan pada taraf lebih tinggi, sambil terus memangkin kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan ASEAN.

Dalam ucaptama merasmikan CAEXPO dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) ke-17, Presiden Xi Jinping menekankan bahawa ASEAN sentiasa diberi keutamaan dalam dasar diplomasi China, juga rantau utama dalam pembangunan bersama Jalur dan Laluan yang berkualiti.

Xi juga mengulangi pendirian menyokong ASEAN memainkan peranan utama dalam kerjasama Asia Timur, serta berperanan lebih besar dalam usaha membentuk landskap rantau yang lebih terbuka dan inklusif.

Dengan ini, prestasi cemerlang yang dicapai CAEXPO pasti akan menyuntik momentum baharu kepada pembangunan sosioekonomi China dan ASEAN yang memiliki potensi besar dalam kerjasama.

周喬西