Gunung Wushao, cabang banjaran Qilian yang terletak di kaunti autonomi Tianzhu berpenduduk etnik Tibet, provinsi Gansu memaparkan panorama seindah lukisan dengan dilatari langit biru, sungai jernih dan hamparan salji memutih.
Dalam tempoh lawatan ke Serbia pada lapan tahun yang lalu, Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Serbia, Aleksandar Vucic pernah memutuskan meningkatkan hubungan dua hala ke Perkongsian Strategik Komprehensif.
Dalam tempoh lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke Perancis baru-baru ini, kedua-dua pihak telah menyiarkan Perisytiharan Bersama China-Perancis berhubung Situasi Asia Barat yang memaparkan pendirian dan suara yang sama mengenai konflik Palestin-Israel, isu nuklear Iran dan krisis Lautan Merah.
Pemimpin China dan Perancis telah bertukar cenderahati, iaitu obor untuk kegunaan Sukan Olimpik yang pernah dianjurkan di negara masing-masing, mengeluarkan 4 kenyataan bersama, menandatangani hampir 20 dokumen kerjasama bilateral dalam bidang pembangunan hijau, penerbangan, agromakanan, perniagaan dan sosiobudaya.