Usaha China Demi Pengagihan Vaksin secara Rasional

2021-01-23 13:41:24  CRI
Share with:

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus baru-baru ini mendedahkan bahawa di 49 buah negara kaya, jumlah suntikan vaksin COVID-19 melebihi 39 juta dos, namun di sesebuah negara kurang maju hanya 25 sahaja. Sejumlah media melaporkan bahawa di Guinea hanya terdapat 25 orang termasuk Presidennya telah menerima suntikan vaksin.

 "Bukan 25 juta, bukan 25,000, tetapi 25! Saya ingin mengatakan secara terus-terang bahawa dunia ini berada di pinggir kemerosotan moral."

Kerisauan Tedros ini sewajarnya dirasai seluruh dunia.

Agensi-agensi termasuk WHO melancarkan 'Rancangan Pelaksanaan Vaksin COVID-19' (COVAX) yang bertujuan mengagihkan vaksin dengan lebih rasional, terlebih dahulu menyediakan pemvaksinan kepada golongan yang paling memerlukan di pelbagai negara dan menjamin rakyat dari negara yang berpendapatan rendah juga boleh menerima suntikan vaksin dengan secepat mungkin. Namun seperti yang diketahui umum bahawa sesetengah negara barat telah berebut-rebut  membeli dan menyimpan vaksin COVID-19 dalam bilangan besar. Ada pengeluar vaksin dari negara Barat yang bermata wang memilih mendahulukan pembelian dari negara kaya dengan harga yang sengaja ditingkatkan. Tindakan spekulator tanpa mengambil kira COVAX ini dilihat sebagai puncanya kepada kekacauan pasaran dan halangan kepada pembelian vaksin oleh WHO.

Tindakan yang hanya mementingkan diri sendiri dan berpandangan pendek ini sangat berbahaya.

Berhadapan wabak yang melanda seluruh dunia, manusia memerlukan perpaduan dan kerjasama untuk melawannya. Dalam hal ini, China sejak sekian lama bertindak tanpa berhenti. Pada mulanya, China berjanji akan berusaha menjadikan vaksin COVID-19 sebagai produk awam sejagat yang mudah  dan mampu milik, kemudian China menyertai COVAX. Seterusnya, China bekerjasama dengan rakan-rakan daripada lebih 10 buah negara untuk menyelidikkan dan menghasilkan vaksin. Negara ini sentiasa berusaha untuk mendorong pembentukan komuniti berkongsi sumber kesihatan dan sanitasi umat manusia sekali gus menunjukkan sikap bertanggungjawab yang wajar dipikul oleh sesebuah negara besar.

Setakat ini, Chile, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Mesir, Jordan, Turki, Indonesia dan Brazil telah mengesahkan penggunaan vaksin China. Menurut statistik tidak lengkap, sudah terdapat lebih 40 buah negara mengemukakan untuk mengimport vaksin buatan China. Sejumlah pemimpin negara asing sudah pun menerima suntikan vaksin China secara terbuka.

Vaksin China mendapat kepercayaan seumpama itu adalah disebabkan keselamatan dan keberkesanan miliknya. Indeks mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin China yang diperolehi setakat ini masing-masing melebihi standard pemasaran yang ditetapkan WHO. Serentak itu, penyimpanan dan pengangkutan vaksin China hanya memerlukan ruang yang bersuhu 2 hingga 8 darjah Celsius, yang menjadikan kosnya banyak dikurangkan.

Kesemua ini memperlihatkan bahawa usaha China membuat negara membangun lebih mudah dan mampu memperolehi vaksin COVID-19 dan banyak mendorong pengagihan vaksin secara adil di seluruh dunia.

曹捷