Kempen penayangan jelajah “Panggung Wayang Luar” ke-5 yang menayangkan filem unggul dari China dan Kemboja telah membuka tirainya di Phnom Penh, ibu negara Kemboja semalam. Duta Besar China ke Kemboja, Wang Wentian dan Menteri Kebudayaan dan Kesenian Kemboja, Phoung Sackana telah menghadiri majlis perasmian dan bersama-sama dengan tetamu lain menonton Cerita Melawan Wabak di Wuhan, filem perdana yang dialih suara dengan bahasa Kemboja.
Wang Wentian dalam ucapannya menyatakan bahawa kempen ini sudah menjadi program yang berjenama bagi merapatkan hubungan rakyat China dan Kemboja dan disambut hangat oleh rakyat Kemboja. Beliau berharap kempen ini berperanan membantu rakyat Kemboja mengambil tahu kebudayaan China dan mencorakkan kehidupan budaya masyarakat tempatan ketika wabak COVID-19 masih berlaku.
Manakala, Menteri Kebudayaan dan Kesenian Kemboja, Phoung Sackana pula menyatakan bahawa kempen ini dapat memainkan peranan jambatan dalam pertukaran kalangan rakyat kedua-dua negara dan memperdalam persahabatan dua hala.
Menurut maklumat lain, penayangan filem dalam kempen kali ini akan diteruskan di tujuh buah bandar Kemboja termasuk Phnom Penh, kandal, Takeo dan Kambot.