Xi Tekankan Perlunya Dalami Sejarah PKC

2021-02-21 16:32:44  CRI
Share with:

Xi Tekankan Perlunya Dalami Sejarah PKC_fororder_1127120220_16138282817461n

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat  Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping menekankan perlunya mendalami sejarah PKC  dalam satu sidang sempena pelancaran sesi pembelajaran membabitkan semua anggota parti, di Beijing pada Sabtu.

Xi meminta semua anggota PKC mempelajari sejarah parti dengan teliti, memahami teorinya, melakukan kerja praktikal, melakar kemajuan baharu, dan memulakan perjuangan membangunkan China sebagai negara sosialis moden secara menyeluruh.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-100 penubuhan PKC.

Xi dalam sidang itu menegaskan bahawa PKC perlu sentiasa mendahulukan rakyat, menjadikan aspirasi rakyat terhadap hidup lebih bahagia sebagai sasaran perjuangan, dan memastikan hasil pembaharuan dan pembangunan dinikmati semua rakyat.

PKC juga perlu terus meningkatkan kemampuan dan kecekapan dalam tadbir urus negara, di samping memperhebat keupayaan menangkis rasuah dan risiko. 

Xi Tekankan Perlunya Dalami Sejarah PKC_fororder_1127120220_16138282820271n

曹捷