Perhimpunan kebangsaan diadakan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi sebagai tanda kejayaan pembasmian kemiskinan secara menyeluruh di negara ini, di samping memberikan pujiaan kepada teladan unggul dalam usaha ini.
Presiden China, Xi Jinping menyampaikan hadiah kepada individu dan kumpulan yang unggul serta menyampaikan ucapan penting.
Beliau mengumumkan bahawa perjuangan membasmi kemiskinan di negara ini mencapai kejayaan melalui usaha bersama seluruh rakyat sempena sambutan ulang tahun ke-100 tertubuhnya Parti Komunis China (PKC).
Setelah Kongres Kebangsaan ke-18 PKC diadakan, China telah memulakan perjuangan membasmi kemiskinan yang berskala paling besar dan gigih dalam sejarah umat manusia.
Dalam lapan tahun yang lalu, sebanyak 832 kaunti miskin dan 128,000 kampung miskin yang melibatkan kira-kira 100 juta orang miskin berjaya keluar dari belenggu kemiskinan. Pencapaian ini dianggap keajaiban dalam sejarah pengurangan kemiskinan di dunia.