Sumbangan China kepada Pembasmian Kemiskinan Dunia

2021-02-27 15:15:23  CRI
Share with:

Perjuangan membasmi kemiskinan di China telah mencapai kejayaan secara komprehensif. China mewujudkan matlamat membasmi kemiskinan mutlak 10 tahun lebih awal berbanding sasaran yang ditetapkan dalam Agenda Pembangunan Mampan 2030. Dalam lapan tahun lalu, hampir 100 juta penduduk miskin di negara ini berjaya keluar daripada belenggu kemiskinan secara purata setiap tahun. Angka ini hampir sama dengan populasi sebuah negara sederhana.

Populasi China mewakili 20% populsi di seluruh dunia. Prestasi yang cemerlang ini bukan sahaja kejayaan China, malah kejayaan dunia.

Berdasarkan piawaian yang ditetapkan oleh Bank Dunia, perbelanjaan harian seseorang berjumlah 1.9 dolar Amerika ke bawah dianggap sebagai kemiskinan mutlak. Oleh itu, masih terdapat lebih 700 juta orang berada dalam kemiskinan mutlak di seluruh dunia.

Menurut unjuran Bank Dunia, sebanyak 150 juta orang akan jatuh ke dalam kemiskinan ekstrem akibat penularan wabak COVID-19 menjelang hujung tahun ini.

Dalam konteks ini, China yang mempunyai 1.4 bilion penduduk mengharungi pelbagai kesukaran dan cabaran sehingga berjaya membasmi kemiskinan multak menurut rancangan. Kejayaan ini menyumbang besar kepada proses pembasmian kemiskinan di dunia.

Menurut pengiraan Bank Dunia, antara 100 orang yang keluar dairpada kemelut kemiskinan, 70 orang daripadanya berasal dari China.

Sebagai negara membangun paling besar di dunia, kejayaan mengatasi kemiskinan di China memperlihatkan kemajuan perlindungan hak asasi manusia di negara ini, dan ia sekali gus menyumbang kepada usaha pengurangan kemiskinan sejagat. Pengalaman China ini boleh ditimpa pelbagai negara.

Dalam pada itu, China turut memberikan sokongan dan bantuan kepada negara lain dalam mengatasi kemiskinan. Setakat ini, China telah menghantar lebih 600 ribu pegawai ke 166 buah negara atau pertubuhan antarabangsa, menghulurkan bantuan kewangan kira-kira RMB400 bilion, selain sebanyak tujuh kali membatalkan hutang tanpa syarat melibatkan negara-negara miskin atau paling mundur sepanjang 60 tahun lalu.

覃淼