Gencatan Senjata Dilanjutkan di Myanmar

2021-02-28 15:20:39  CRI
Share with:

Gencatan Senjata Dilanjutkan di Myanmar_fororder_微信圖片_20210228150822

Pihak tentera Myanmar pada Jumaat mengumumkan gencatan senjata dilanjutkan di seluruh negara sehingga 31 Mac bagi mendorong proses damai dan pembendungan penularan pandemik COVID-19.

Di samping itu, pelbagai pihak diseru aktif terlibat dalam rundingan damai.

Walau bagaimanapun, kumpulan pimpinan proses damai Myanmar yang disertai 10 kumpulan bersenjata etnik tempatan yang telah memeterai perjanjian gencatan senjata kebangsaan telah mengadakan mesyuarat khas secara dalam talian pada 19 hingga 20 Februari. Mereka memutuskan untuk menghentikan rundingan damai dengan jawatankuasa pentadbiran negara yang ditubuhkan oleh pihak tentera.

Pada masa yang sama, kumpulan pimpinan tersebut dalam kenyataan menzahirkan bantahan terhadap pihak tentera mengambil alih pemerintahan, di samping menyokong mogak kerja di seluruh negara. Mereka juga menuntut semua orang yang ditahan dibebaskan.

Kumpulan itu turut melahirkan keinginan untuk mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara bagi menyelesaikan krisis politik semasa ini.

徐國瑋