China Kongsi Pengalaman Pengurangan Kemiskinan di UNHRC

2021-02-28 15:22:07  CRI
Share with:

China Kongsi Pengalaman Pengurangan Kemiskinan di UNHRC_fororder_微信圖片_20210228150916

China telah mengatasi cabaran serius akibat pandemik COVID-19 dan berjaya menyelesaikan misi membasmi kemiskinan menurut jadual. Kejayaan China ini menyumbang besar kepada usaha pembasmian kemiskinan dan perlindungan hak asasi manusia di dunia.

Pengarah Bahagian Urusan Umum Jabatan Pembangunan Luar Bandar China, Su Guoxia berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam mesyuarat bertemakan "peranan pengurangan kemiskinan dalam mendorong dan melindungi hak asasi manusia" sempena sesi ke-46 Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada Jumaat.

Su berkata, China ialah negara membangun paling besar dengan populasinya berjumlah 1.4 bilion. Kemiskinan mutlak berjaya dibasmikan di negara ini, sementara pendapatan dan taraf hidup rakyat banyak ditingkatkan.

Selain itu, hak pendidikan, perubatan dan kediaman setiap warga China terjamin.

Dalam mesyuarat itu, Naib Setiausaha Agung ASEAN, Kung Phoak telah menjelaskan tindakan berkesan yang diambil negara-negara anggota dalam mengurangkan kemiskinan, dan secara tidak langsung mempergiat perlindungan hak asasi manusia.

Beliau juga memuji pertukaran pengalaman dan kerjasama antara China dengan ASEAN dalam kerja mengurangkan kemiskinan.

Di samping itu, Laos, Mesir, dan Venezuela memuji kejayaan China dalam membasmi kemiskinan dan berharap China dapat berkongsi lebih banyak pengalaman dengan negara-negara membangun.

徐國瑋