Suara Lantang Sokong China di UNHRC

2021-03-02 16:49:44  CRI
Share with:

Banyak negara lantang bersuara menyokong China dalam isu Xinjiang dan Hong Kong, semasa sesi ke-46 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada minggu lalu.

Wakil dari Laos menyatakan bahawa usaha Xinjiang dalam menjaga keamanan, kestabilan dan order sosial menampakkan kemajuan besar, sekali gus meletakkan asas kepada pembangunan ekonomi dan penambahbaikan kehidupan rakyat.

Menyentuh isu Hong Kong,  wakil itu berkata isu berkenaan merupakan urusan dalaman China yang tidak boleh dicampuri. Laos teguh menyokong prinsip satu China.

Wakil dari Venezuela pula memuji  tindakan berkesan yang diambil Xinjiang untuk menghapuskan keganasan.

梁靚