China Sedia Bekal Vaksin kepada Poland

2021-03-02 12:35:47  CRI
Share with:

China bersedia membekalkan vaksin COVID-19 setakat termampu kepada Poland mengikut keperluan negara itu.

Presiden Xi Jinping berkata demikian ketika menghubungi rakan sejawatnya dari Poland, Andrzej Duda menerusi telefon pada malam Isnin.

Xi menyatakan sejak tercetusnya pandemik COVID-19, China dan Poland bahu-membahu mengawal penularan wabak sambil menggalakkan penyambungan semula kegiatan pengeluaran, sekali gus menyingkap babak baharu ikatan muhibah kedua-dua negara.

China bersedia terus memperhebat perkongsian pengalaman berkaitan kawalan wabak dan rawatan pesakit dengan Poland, sementara memulihkan pergerakan rakyat rentas negara secara teratur.

China juga akan mengimport lebih banyak produk pertanian dan makanan berkualiti dari Poland menerusi pembentukan mekanisme berkenaan di bawah rangka kerjasama China dengan negara-negara Eropah Tengah dan Timur (CEEC).

Beliau yakin selesainya rundingan perjanjian pelaburan China-Kesatuan Eropah bakal membuka ruang lebih luas untuk kerjasama China dan Poland.

Duda memuji komitmen Presiden Xi untuk menjadikan vaksin COVID-19 China sebagai produk awam global, serta kesediaannya bekerjasama dengan negara CEEC dalam penghasilan vaksin.

Beliau berharap kedua-dua negara memantapkan lagi kolaborasi melibatkan segenap aspek dan menjana pertumbuhan seimbang perdagangan bilateral.

周喬西