Xi: Rakyat Sumber Kekuatan PKC

2021-03-02 14:06:19  CRI
Share with:

 Xi: Rakyat Sumber Kekuatan PKC_fororder_1127154918_16146024636191n

Pegawai generasi muda diminta bersetia kepada misi asal yang digalas dan membaktikan seluruh jiwa raga demi rakyat.

Demikian ditegaskan Presiden Xi Jinping ketika merasmikan kursus untuk pegawai muda dan pertengahan umur di Sekolah Parti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) pada Isnin.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC turut menekankan bahawa rakyat merupakan sumber kekuatan bagi PKC. Pegawai generasi muda perlu sentiasa berpegang pada misi asal PKC untuk berbakti kepada kesejahteraan rakyat dan kebangkitan bangsa.

張哲