Harap Vaksin China Bantu Filipina Kawal Wabak

2021-03-02 11:33:22  CRI
Share with:

Vaksin COVID-19 yang disumbangkan China untuk Filipina selamat tiba di Manila pada Ahad.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media pada Isnin menyuarakan harapan agar bekalan vaksin itu dapat membantu Filipina mengawal wabak, memulihkan ekonomi dan melindungi kesihatan rakyat.

Akhir-akhir ini, vaksin COVID-19 keluaran China telah dihantar ke banyak negara secara berturut-turut yang menyumbang kepada usaha melawan wabak di negara-negara terbabit.

Wang mengulangi bahawa China komited menunaikan janji menjadikan vaksin sebagai produk awam global, di samping mempergiat kerjasama berkaitan vaksin dengan pelbagai negara untuk  bersama-sama menangani penularan wabak.

Beliau turut menyeru semua negara yang berkeupayaan bergabung tenaga menyokong perjuangan masyarakat antarabangsa terutamanya negara-negara membangun untuk memerangi pandemik COVID-19.

梁靚