Rusia Kutuk Sekatan AS

2021-03-03 13:18:23  CRI
Share with:

Rusia membidas tindakan Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) mengenakan lagi sekatan terhadapnya.

Kementerian Luar negara itu menerusi satu kenyataan bernada keras pada malam Selasa, mengkritik campur tangan AS dalam urusan dalaman dengan menjadikan peristiwa Alexei Navalny diracun dan senjata kimia sebagai alasan.

Moscow turut memberi amaran kepada AS supaya jangan mencetuskan konfrontasi dan mengapi-apikan isu berkenaan, sebaliknya patut menunaikan kewajipan antarabangsa dalam pemusnahan senjata kimia.

董筱娉