Turki: Vaksin Sinovac 83.5 Peratus Berkesan

2021-03-04 14:12:29  CRI
Share with:

Turki: Vaksin Sinovac 83.5 Peratus Berkesan_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_a10a284e-74d4-465d-934b-e29f77810f6b

Vaksin COVID-19 keluaran syarikat China, Sinovac Biotech didapati mempunyai tahap keberkesanan sebanyak 83.5 peratus dalam mencegah jangkitan koronavirus, manakala 100 peratus berkesan untuk mencegah simptom menjadi lebih teruk.

Pengumuman itu dibuat pakar perubatan dari Universiti Hacetepe Turki, Murat Akova dalam taklimat media pada Rabu, berdasarkan ujian klinikal fasa III yang dilakukan di negara itu.

Pakar penyakit berjangkit dan mikrobiologi klinikal itu menyatakan vaksin berkenaan mampu memberi perlindungan yang kuat terhadap jangkitan 14 hari selepas disuntik dos kedua, apabila suntikan pertama dan kedua diberi berselang 14 hari.

Universiti Hacetepe, salah satu kolej perubatan termasyhur di Turki, bertanggungjawab mengendalikan ujian klinikal fasa III vaksin Sinovac di negara itu.

Untuk rekod, lebih 9.43 juta penduduk Turki telah menerima suntikan vaksin setakat 3 Mac.

周喬西