Sidang Tahunan CPPCC Buka Tirai

2021-03-04 15:34:04  CRI
Share with:

Sidang Tahunan CPPCC Buka Tirai_fororder_1127168048_16148430113361n

Sidang tahunan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China(CPPCC) dirasmikan di Beijing hari ini, dihadiri pemimpin-pemimpin negara termasuk Presiden Xi Jinping.

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Wang Yang membentangkan laporan bagi merumus kerja CPPCC pada 2020 dan menggariskan kerja-kerja untuk tahun ini.

Sidang selama tujuh hari itu dihadiri lebih 2,100 anggota CPPCC dari seluruh negara.

Semasa berlangsungnya sidang itu pada beberapa tahun yang lalu, Presiden Xi Jinping telah bertemu mesra dengan anggota CPPCC, di samping menghadiri sesi perbahasan dengan mereka tentang isu-isu pentadbiran negara. Ini memperlihatkan tumpuan yang diberikan Parti Komunis China(PKC) dan pemimpin negara ini terhadap peranan CPPCC serta usul-usul yang dikemukakan anggotanya.

Semasa bertemu dengan anggota CPPCC dalam sidang tahunannya pada 2018, Presiden Xi menyifatkan sistem permuafakatan politik di bawah pimpinan PKC itu sebagai antara asas sistem politik China, dan juga sistem parti model baharu yang dilahirkan negara ini.

Sistem berkenaan dianggap dapat mewakili kepentingan majoriti rakyat, sementara mampu menyatupadukan pelbagai parti untuk berjuang seiringan demi matlamat bersama.

Dalam sidang tahunan CPPCC pada 2016 pula, beliau telah menegaskan bahawa kerajaan perlu menjalin hubungan yang mesra dan bersih dengan kalangan korporat.

Menurut beliau, hubungan yang mesra dalam konteks ini dapat diwujudkan pegawai kerajaan dengan berinteraksi secara tulus iklhas dengan usahawan dan menghulurkan bantuan untuk mengatasi kesulitan realistik. Manakala, hubungan yang bersih pula bermakna tiada pakatan sulit yang melibatkan kegiatan rasuah.

Tahun 2021 genap serataus tahun penubuhan Parti Komunis China, dan juga permulaan dilaksanakannya Rancangan Lima Tahun(FYP) Ke-14. Perbahasan antara Presiden Xi dengan anggota CPPCC serta persepakatan yang akan dicapai dalam pada itu pasti menarik perhatian masyarakat di China, bahkah dunia.

張哲