Program “Berkongsi Buku, Berkongsi Kasih Sayang” di Zhejiang

2021-03-04 10:12:19  CRI
Share with:

Program “Berkongsi Buku, Berkongsi Kasih Sayang” di Zhejiang_fororder_51

Sejumlah program bersifat kebajikan termasuk program “Berkongsi Buku, Berkongsi Kasih Sayang” dijalankan di bandar Zhuji, provinsi Zhejiang pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Program “Berkongsi Buku, Berkongsi Kasih Sayang” di Zhejiang_fororder_5

Program-program tersebut diterajui oleh Puan Chen Keying, petugas pertubuhan kebajikan awam dan tujuannya adalah untuk menghulurkan bantuan dari segi pendidikan dan kehidupan kepada lebih 160 kanak-kanak yang terjerumus dalam kancah kemiskinan dan kanak-kanak yang ditinggalkan di kampung oleh ibu bapa yang mencari rezeki di tempat lain, selain menyediakan perkhidmatan secara sukarela kepada lebih seribu kanak-kanak di bandar itu.

Program “Berkongsi Buku, Berkongsi Kasih Sayang” di Zhejiang_fororder_52

Program “Berkongsi Buku, Berkongsi Kasih Sayang” di Zhejiang_fororder_53

Puan Chen yang berusia 51 tahun mempunyai pengalaman sebagai warga guru selama 29 tahun. Sejak tahun 2017, beliau bersama dengan sebahagian anggota pertubuhan kebajikan awam berjaya mengubahsuaikan sebuah bangunan sekolah yang terbiar di kampung Shanghe sebagai sebuah perpustakaan desa berdasarkan sumbangan dari masyarakat.

Program “Berkongsi Buku, Berkongsi Kasih Sayang” di Zhejiang_fororder_54

Program “Berkongsi Buku, Berkongsi Kasih Sayang” di Zhejiang_fororder_55

Setakat ini, perpustakaan yang mempunyai simpanan buku sumbangan sebanyak lebih empat ribu buah, dan pernah menyaksikan berlangsungnya lebih 60 aktiviti bertema tersebut, berperanan sebagai syurga bagi kanak-kanak tempatan memupuk nilai-nilai murni.

呂清