Harap Rusia, AS, EU Rungkai Perselisihan Melalui Dialog

2021-03-04 12:01:24  CRI
Share with:

Beijing melahirkan harapan agar Rusia, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) dapat merungkai perselisihan dan meningkatkan persefahaman menerusi dialog.

Terdahulu, AS dan EU pada Selasa mengumumkan sekatan baharu terhadap Rusia susulan pemimpin pembangkang negara itu, Alexei Navalny dijatuhkan hukuman penjara.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sesi taklimat pada Rabu mengulangi pendirian bahawa isu membabitkan Navalny adalah urusan dalaman Rusia yang tidak boleh dicampuri kuasa asing.

"Kami berharap pihak-pihak terbabit dapat menangani perbezaan pendapat melalui rundingan, bukannya mengenakan sekatan  secara unilateral atau mengugut negara lain dengan tindakan sekatan," ujar beliau.

梁靚