Tiada Syarat Politik dalam Kolaborasi Lawan Wabak

2021-03-05 14:19:18  CRI
Share with:

Dalam kerjasama antarabangsa memerangi COVID-19, China tidak menyasarkan sebarang laba geopolitik mahupun mengenakan apa-apa syarat politik, sebaliknya hanya bertujuan melindungi kesihatan dan keselamatan nyawa rakyat.

Demikian ditegaskan jurucakap sidang keempat Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 China, Zhang Yesui dalam taklimat media di Beijing, malam Khamis.

Zhang berkata, sinergi dan solidariti masyarakat antarabangsa amat diperlukan bagi memastikan pengagihan vaksin COVID-19 di seluruh dunia dibuat secara adil, terutamanya membolehkan negara-negara membangun mendapatkan akses kepada vaksin yang selamat, berkesan dan mampu milik.

Setakat ini, terdapat 17 jenis vaksin buatan China yang memasuki fasa ujian klinikal, beberapa daripadanya diluluskan untuk menjalani ujian fasa III di luar negara.

Antaranya, empat vaksin mendapat kebenaran untuk dipasarkan secara bersyarat di beberapa negara selepas penggunaan kecemasan diluluskan pihak berkuasa negara terbabit.

Terdahulu, kerajaan China mengumumkan pemberian 10 juta dos vaksin kepada program pengedaran vaksin antarabangsa, COVAX yang disokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk memenuhi keperluan kecemasan negara membangun.

周喬西