Pesanan Xi Mengenai Kerja Basmi Kemiskinan

2021-03-05 14:08:23  CRI
Share with:

Pesanan Xi Mengenai Kerja Basmi Kemiskinan_fororder_1

Sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan sidang tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat (CPPCC) 2021 telah membuka tirainya. Sempena “dua siding” tersebut, pemimpin tertinggi China, secara lazimnya akan menyertai perbahasan delegasi dari pelbagai wilayah dan bersama-sama para anggota dan wakil membincangkan perkara yang menjadi perhatian rakyat.

Sempena “dua sidang” dalam lapan tahun lalu, Presiden Xi Jinping telah 46 kali menyertai perbincangan pelbagai wilayah. Beliau banyak kali memberi pesanan dan arahan yang jelas mengenai kerja membasmi kemiskinan di negara ini, yang juga menjadi tumpuan beliau.

Ketika menyertai perbahasan delegasi provinsi Guizhou pada tahun 2014, Xi menegaskan bahawa kerja membasmi kemiskinan patut dipergiat agar ia benar-benar memberikan manfaat kepada golongan miskin.

Pesanan Xi Mengenai Kerja Basmi Kemiskinan_fororder_3

Ketika menyertai perbahasan delegasi provinsi Qinghai pada tahun 2016, Xi berkata, pembasmian kemiskinan harus dilaksanakan secara bersasaran tepat terhadap setiap keluarga dan individu yang terlibat.

Ketika menyertai perbahasan delegasi provinsi Sichuan pada tahun 2017, Xi memberi penekanan kepada usaha memperkasakan pembaharuan struktur pihak pembekalan dalam industri pertanian supaya ia dapat memberikan sokongan kukuh kepada kerja membasmi kemiskinan.

Pesanan Xi Mengenai Kerja Basmi Kemiskinan_fororder_2

Melalui usaha bertungkus-lumus selama beberapa dekad, China telah  berjaya membasmi kemiskinan mutlak secara komprehensif. Ini disifatkan sebagai “keajaiban dalam sejarah pembasmian kemiskinan dunia”.

Bagi Parti Komunis China, membasmian kemiskinan, membaiki taraf hidup rakyat dan mewujudkan kemakmuran bersama ialah misi parti ini. Oleh itu, membasmi kemiskinan secara menyeluruh bukanlah sasaran muktamad, sebaliknya titik permulaan bagi kehidupan dan perjuangan baharu”.

China akan terus berusaha ke arah mewujudkan kemakmuran bersama di negara ini, di samping menyumbangkan tenaga China kepada usaha membasmi kemiskinan di dunia dan perkembangan umat manusia.

胡星