China Serah Bekalan Vaksin kepada LAS

2021-03-05 12:48:58  CRI
Share with:

China Serah Bekalan Vaksin kepada LAS_fororder_微信圖片_20210305124642

China menyerahkan bantuan vaksin COVID-19 keluarannya kepada Liga Arab (LAS) dalam satu majlis yang diadakan di ibu pejabat pertubuhan itu pada Khamis.

Majlis itu dihadiri Duta Besar China ke Mesir, Liao Liqiang dan Penolong Setiausaha Agung LAS, Hossam Zaki.

Ini kali ketiga China menyalurkan bantuan kepada LAS untuk membendung COVID-19 sejak pandemik tercetus.

Setakat kini, China telah menyumbangkan lebih sejuta kit ujian asid nukleik dan 18 juta penutup mulut kepada negara-negara Arab.

Selain itu, China juga menghantar pasukan pakar perubatan ke lapan negara Arab, dengan lebih 40 kali telesidang diadakan dengan pakar negara terbabit.

Kerjasama berkaitan vaksin turut dipergiat antara China dengan Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Maghribi.

周喬西