China Cadang Tambah Tanah Ladang Berpiawaian Tinggi

2021-03-05 11:19:41  CRI
Share with:

Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Desa China meletakkan sasaran untuk mewujudkan 6.7 juta hektar tanah ladang berpiawaian tinggi pada tahun ini.

Naib Menterinya, Liu Huanxin berkata sasaran tersebut menyaksikan penambahan sebanyak 20 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan untuk tahun terdahulu.

Dengan itu jelasnya, ia dijangka akan dapat memperbaiki kelemahan infrastruktur tanah ladang dan mengintensifkan kapasiti pengeluaran bijirin.

Pada masa sama, Liu turut memberitahu bahawa China juga akan membina kemudahan pengairan cekap untuk kegunaan tanah landang seluas sejuta hektar.

Untuk rekod, China berjaya menyelesaikan pembinaan tanah ladang seluas 5.6 juta hektar pada tahun lepas, selain turut membekalkan sistem pengairan efisien untuk 1.6 juta hektar tanah ladang, sekali gus memperhebat usaha dalam menjamin keselamatan bahan makanan.

Dalam perkembangan lain, kementerian tersebut menyasarkan keluasan tanaman bijirin melebihi 116.7 juta hektar, manakala sasaran pengeluaran bijirin ditetapkan untuk melebihi 650 bilion kilogram pada tahun ini.

Di samping itu, China juga berhasrat untuk menambah keluasan tanaman jagung sebanyak 660,000 hektar.

高蕾