Sidang Tahunan NPC Buka Tirainya

2021-03-05 13:25:48  CRI
Share with:

Sidang Tahunan NPC Buka Tirainya_fororder_2071074511

Persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China dirasmikan di Beijing pagi tadi.

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah membentangkan laporan kerja kerajaan sepanjang tahun lalu dan hasil yang tercapai dalam usaha pembangunan sosioekonomi dalam tempoh itu, di samping mengemukakan matlamat dan misi penting dalam melaksanakan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 mengenai pembangunan sosioekonomi kebangsaan.

Kesemua laporan tersebut akan diserahkan kepada persidangan NPC untuk dibahaskan.

Pada persidangan yang akan berlangsung selama tujuh hari ini, hampir tiga ribu wakil NPC dari pelbagai lapisan masyarakat akan membahaskan laporan kerja kerajaan, Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 dan draf garis panduan Wawasan 2035 bagi menggariskan hala tuju pembangunan negara pada masa akan datang.

Sementara itu, persidangan ini juga akan memberikan fokus kepada laporan mengenai ekonomi negara dan kehidupan rakyat, laporan belanjawan negara serta draf Keputusan NPC bagi Penyempurnaan Sistem Pemilihan Umum Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong.

Untuk rekod, sistem Kongres Rakyat merupakan sistem politik teras China.

Sebagai badan berkuasa negara tertinggi, NPC mengadakan persidangan setiap tahun untuk membahaskan dan menggubal undang-undang negara termasuk undang-undang jenayah dan undang-undang sivil, serta dasar penting mengenai pembangunan sosioekonomi negara.

Persidangan tahunan NPC bersama dengan persidangan tahun Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang dirasmikan pada masa lebih awal dianggap sebagai platform penyampaian makumat dasar negara  ini dan juga menjadi jendela penting China kepada dunia luar.

呂清