Mustahak Sistem Elektoral HK Dilengkap

2021-03-05 15:01:06  CRI
Share with:

Perbahasan mengenai draf resolusi berkaitan penambahbaikan sistem elektoral Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong antara agenda utama sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China.

Kelompangan yang wujud dalam sistem pilihan raya Hong Kong menyebabkan sukarnya untuk memastikan setiap calon mencintai negara.

Kelemahan itu memberikan kesempatan kepada aktivis pemisah memanipulasikan elektoral untuk bertugas di agensi-agensi pentadbiran.

Mereka yang berniat jahat mengganggu hingga melumpuhkan operasi majlis perundangan, dengan timbunan usul berkaitan ekonomi dan kesejahteraan rakyat dibiarkan begitu sahaja.

China mengamalkan toleransi sifar terhadap perbuatan sedemikian. Selaku badan berkuasa tertinggi, NPC mempunyai hak dan tanggungjawab untuk memuktamadkan sistem elektoral berkenaan dari peringkat Perlembagaan.

Terdahulu, kerajaan pusat kerap kali bersimposium dengan tokoh-tokoh pelbagai lapisan masyarakat tempatan untuk mendengar suara hati mereka mengenai draf tersebut.

Hanya dengan sistem yang lebih lengkap, barulah status wilayah itu sebagai pusat kewangan, perdagangan dan perkapalan antarabangsa dapat dikekalkan.

周喬西