Tianwen-1 Bakal Mendarat Marikh Pertengahan Tahun Ini

2021-03-05 13:11:34  CRI
Share with:

Tianwen-1, prob penyelidikan pertama China bagi misi eksplorasi Marikh dijangka akan mendarat di planet Marikh pada waktu yang sesuai, iaitu sekitar bulan Mei atau Jun depan untuk menjalankan misi seterusnya.

Serentak itu, Ketua Pengarah Jawatankuasa Sains dan Teknologi Kumpulan Sains dan Teknologi Aeroangkasa China (CASC), Bao Weimin berkata pelancaran angkasa China pada tahun ini dijangka akan melebihi 40 kali.

Tianwan-1 Bakal Mendarat Marikh Pertengahan Tahun Ini_fororder_微信圖片_20210305122635

Pada semalam, Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China (CNSA) telah mengeluarkan tiga foto ultra tinggi planet Marikh yang diambil prob Tianwen-1 iaitu dua daripadanya gambar hitam putih dan satunya berwarna.

Justeru, beliau yang juga merangkap anggota Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) pada semalam turut memberitahu saintis China akan menjalankan penyelidikan terhadap foto tersebut.

CNSA semalam telah mengeluarkan tiga foto ultra tinggi planet Marikh yang diambil prob Tianwen-1, dua daripadanya gambar hitam putih dan satunya berwarna.

Tianwan-1 Bakal Mendarat Marikh Pertengahan Tahun Ini_fororder_微信圖片_20210305122615

Sehubungan itu, Bao menyatakan bahawa ahli sains China akan menjalankan penyelidikan terhadap foto-foto tersebut.

Menurut beliau, Tianwen-1 sedang bergerak dalam orbit planet merah itu dengan kelajuan 4.8 kilometer sesaat dan beroperasi secara normal.

Bao memaklumkan bahawa setakat ini, pelbagai negara telah menjalankan akriviti eksplorasi terhadap Marikh sebanyak 47 kali, antaranya Amerika Syarikat 22 kali dan Rusia 20 kali.

Meskipun China menjalankan aktiviti ini lebih lewat, namun Tianwen-1 dimulakan pada taraf yang lebih tinggi dan berefisien tinggi serta mempunyai banyak inovasi.

Tambah beliau, China dengan ikhlas berharap dapat bekerjasama dengan dunia dengan sikap terbuka untuk mencapai hasil menang-menang,  berjuang secara bersama untuk mengeksplorasi ruang angkasa di samping membina komuniti berkongsi nasib.

Beliau berkata demikian dalam sesi wawancara bersama anggota CPPCC yang menghadiri sidang tahunan CPPCC secara maya di Dewan Besar Rakyat Beijing, semalam.

曹捷