China Sasar Keterbukaan Bertaraf Lebih Tinggi

2021-03-05 12:22:47  CRI
Share with:

China Sasar Keterbukaan Bertaraf Lebih Tinggi_fororder_20210305.JPG

China akan mengamalkan dasar pintu terbuka pada tahap lebih tinggi, sekali gus lebih aktif terlibat dalam kerjasama ekonomi antarabangsa.

Sebagaimana yang ditunjukkan dalam laporan kerja kerajaan dibawakan Perdana Menteri Li Keqiang, China bersedia bersama negara-negara lain memperluas keterbukaan bagi mewujudkan situasi menang-menang.

Semasa membentangkan laporan kerja, PM Li menegaskan tentang pentingnya memelihara sistem perdagangan pelbagai hala dan menggalakkan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) supaya dikuatkuasakan secepat mungkin.

Turut diberi penekanan adalah perlunya mempercepat pemeteraian perjanjian pelaburan membabitkan China dan Kesatuan Eropah (EU), serta rundingan perjanjian perdagangan bebas China-Jepun-Korea Selatan.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kebarangkalian China menganggotai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

PM itu turut berjanji, pelabur asing amat dialu-alukan untuk memperluas penanaman modal di China yang makin terbuka.

董筱娉