China Sasar KDNK Tumbuh Lebih 6% pada 2021

2021-03-05 11:16:55  CRI
Share with:

China Sasar KDNK Tumbuh Lebih 6% pada 2021_fororder_20210305.JPG

China menyasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar lebih 6% tahun ini.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang semasa membentangkan laporan kerja kerajaan dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) hari ini.

Menurut beliau, matlamat itu ditetapkan dengan mempertimbangkan pemulihan kegiatan ekonomi, yang berfaedah bagi menerajui pembaharuan dan inovasi serta memacu pembangunan berkualiti tinggi.

Antara matlamat lain yang disasarkan termasuk lebih 11 juta peluang pekerjaan dicipta di bandar dan pekan, harga pengguna naik kira-kira 3%, dan penggunaan sumber tenaga bagi seunit KDNK menurun kira-kira 3%.

張哲