Politikus AS, Cakaplah Serupa Bikin

2021-05-09 14:20:08  CRI
Share with:

Webinar bertema “Xinjiang, Tempat Mempesona” anjuran Kedutaan Besar China di Amerika Syarikat (AS) dan pihak berkuasa Xinjiang baru-baru ini, membolehkan tokoh-tokoh AS mengenali kemajuan wilayah itu menerusi kisah yang dikongsi pegawai dan penduduk tempatan.

Namun, sesetengah politikus negara itu yang sentiasa mendakwa dirinya prihatin terhadap situasi hak asasi Xinjiang menolak pelawaan menyertai acara itu.

Mengapa mereka cakap tak serupa bikin? Tatkala dibawa ke hadapan fakta, cerita bohong yang direka-reka mereka menyasar Xinjiang langsung hancur lenyap begitu sahaja.

Berkat keberkesanan dasar kerajaan China melibatkan Xinjiang, tiada satu pun kes keganasan berlaku di wilayah itu dalam tempoh empat tahun berturut-turut.

Masyarakat di sana aman, stabil dan makmur. Pada 2014 hingga 2019, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Xinjiang naik 7.2 peratus purata setiap tahun, manakala pendapatan per kapita penduduk meningkat 9.1 peratus purata tahunan.

Lebih daripada 1,200 orang pengunjung asing dari 100 negara membabitkan diplomat, wartawan, tokoh keagamaan dan lain-lain, menjejak kaki ke Xinjiang untuk melihat sendiri keadaan sebenar di wilayah itu.

Bagaimanapun, apabila berdepan kenyataan, politikus Barat langsung menolaknya. Cubaan mereka mencemari keamanan Xinjiang atas nama hak asasi serta mengekang pembangunan China hanya akan menjadi sia-sia saja.

董筱娉