Politikus AS Gembar-gemburkan Klise 'COVID-19 Berasal Dari Makmal', Keji!

2021-06-01 15:08:43  CRI
Share with:

Politikus AS Gembar-gemburkan Klise 'COVID-19 Berasal Dari Makmal', Keji!_fororder_微信圖片_20210601112523

Kerja mengesan asal-usul koronavirus baharu sedang 'dijangkiti oleh virus politik', demikian dinyatakan oleh Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Michael Ryan dalam sidang media baru-baru ini, sekali gus mewakili masyarakat antarabangsa menangkis dakwaan sesetengah politikus Amerika Syarikat (AS) yang menggembar-gemburkan semula klise 'koronavirus baharu terbocor dari makmal'.

Perbuatan segelintir politikus dan agensi media AS yang keji ini, sebenarnya bertujuan memindahkan fokus dalam negerinya terhadap kegagalan kerajaan dalam melawan wabak COVID-19, sekali gus membuat persiapan bagi persaingan antara negara gergasi pada era pasca wabak.  Ini juga tidak terlepas dari beberapa faktor latarbelakang, seperti China dipandang oleh AS sebagai pelawan strategik terbesar, malahan pencegahan dan kawalan wabak di China dan kerjasama sejagat dalam perjuangan itu telah mencapai kejayaan yang besar.

Sehubungan itu, anggota pakar antarabangsa WHO bagi penyelidikan punca COVID-19, Dominic Dwyer menyatakan dengan suara lantang bahawa tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan koronavirus baharu terbocor dari makmal, dan China telah menjalankan kerjasama yang kondusif dalam penyelidikan berkenaan. Dalam Persidangan Kesihatan Sedunia ke-74 yang sedang diadakan, wakil dari pelbagai negara menyampaikan ucapan yang menyatakan bahawa China bukan sahaja telah berkongsi urutan genom virus COVID-19 pada mula-mulanya, tetapi juga menyediakan bantuan dalam vaksinasi di negara lain yang dilihat sebagai sokongan besar dalam usaha melawan wabak di dunia.

Sesetengah orang AS mungkin menganggap bahawa agensi perisikannya boleh mereka-reka apa yang disebut “bukti” dalam tempoh 90 hari untuk membantu mereka mencapai niatnya.

Tetapi, ingatlah China bukan Iraq, dan mustahil dibuli dengan sewenang-wenangnya. Niat yang mengambinghitamkan China dengan mengopi cara yang digunakan terhadap Iraq (bekas Ketua Turus AS Colin Luther Powell pernah menunjukkan setiub serbuk pencuci sebagai senjata kimia), mustahil berhasil.

曹捷