Masalah Buruh Kanak-kanak di AS Memburuk

2021-06-12 14:41:10  CRI
Share with:

Menjelang ketibaan Hari Tanpa Buruh Kanak-kanak Sedunia pada hari ini, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengeluarkan laporan terkini yang menyebut, jumlah buruh kanak-kanak di dunia pada tahun 2020 menyaksikan peningkatan buat kali pertama untuk dua dekad lalu. Dalam pada itu, masalah kerja paksa dan buruh kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) mengalami kritikan meluas dalam Persidangan Buruh Antarabangsa ke-109 yang berlangsung di Geneva melalui video baru-baru ini.

Penganalisis berpendapat bahawa AS perlu memikul tanggungjawab utama dalam masalah buruh kanak-kanak dunia yang memburuk ini.

Menurut statistik, kira-kira 500 ribu kanak-kanak terlibat dalam kegiatan kerja di ladang di AS pada masa ini. The Washington Post melaporkan bahawa pada tahun 2003 hingga 2016, sebanyak 452 kanak-kanak mati ketika bekerja, antaranya 237 kanak-kanak mati dalam insiden pertanian.

Dalam pada itu, lebih 100 ribu orang diperdagangkan dari seluruh dunia ke AS sebagai pekerja paksa setiap tahun. Pada lima tahun lalu, kesemua 50 negeri dan Washington D.C. telah melaporkan kes kerja paksa dan pemerdagangan masunia.

Menurut statistik ILO, AS hanya meluluskan 2 daripada 8 konvensyen teras pertubuhan itu, menjadikannya negara yang meluluskan konvensyen paling sedikit di dunia. Dalam pada itu, AS adalah satu-satunya negara yang tidak meluluskan Konvensyen Hak Kanak-kanak PBB di dunia.

AS menganggap dirinya sebagai "rumah api hak asasi manusia" di dunia. Sebenarnya, terdapat banyak gejala kepentingan pekerja terjejas di negaranya sendiri. Sesetengah politikus AS suka menyebut "peraturan" atau menyalahkan negara lain dengan alasan "bekerja paksa" atau "menjejaskan hak asasi manusia". Pada hakikatnya, negara yang mengetepikan peraturan antarabangsa dan menjejaskan hak asasi masusia adalah negara AS sendiri.

覃淼