Stesen Angkasa China Demi Kebaikan Umat Manusia

2021-06-18 15:01:57  CRI
Share with:

Stesen Angkasa China Demi Kebaikan Umat Manusia_fororder_微信圖片_20210618151335

Tiga angkasawan China menjadi penghuni kumpulan pertama modul teras stesen angkasa Tianhe selepas kapal angkasa Shenzhou-12 yang dinaiki mereka berjaya bercantum secara berautonomi dengan modul itu pada Khamis.

Menurut rancangan, stesen angkasa China akan siap dibina dan beroperasi sepenuhnya pada 2022.

Sejak projek angkasa lepas bermanusia dilancarkan pada 1992, China bertungkus-lumus menggerakkannya melalui kemandirian dan swadaya teknologi, di samping berkolaborasi dengan institusi dan pertubuhan angkasa lepas antarabangsa.

China berhasrat memperdalam kerjasama antarabangsa berkaitan stesen angkasa termasuk peluasan fungsi, pengaplikasian teknologi berkenaan, serta misi bersama membabitkan angkasawan tempatan dan asing.

Stesen Angkasa China Demi Kebaikan Umat Manusia_fororder_微信圖片_20210618151343

Untuk itu, China telah membuat persiapan rapi, misalnya peralatan saintifik di modul teras dan modul eksperimen dilengkapi penyesuai antara muka terpiawai bagi memudahkan pelbagai eksperimen saintifik dilakukan menerusi usaha sama antarabangsa.

Hasil kerjasama China dan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hal Ehwal Angkasa Lepas (UNOOSA), sebanyak sembilan projek kerjasama eksperimen dari 17 negara terpilih untuk dijalankan di stesen angkasa berkenaan.

Melalui inisiatif tersebut, China menyasar supaya stesen angkasanya dibangunkan hingga membawa keuntungan kepada umat manusia, sekali gus menyumbang kepada eksplorasi alam semesta serta penggunaan ruang angkasa secara damai.

周喬西