Xi Hadiri Sidang Kemuncak Pemimpin SCO dan CSTO mengenai Isu Afghanistan

2021-09-17 19:15:23  CRI
Share with:

Xi Hadiri Sidang Kemuncak Pemimpin SCO dan CSTO mengenai Isu Afghanistan_fororder_1127875369_16318923869081n

Presiden China, Xi Jinping telah menghadiri sidang kemuncak pemimpin Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) secara maya di Beijing petang tadi, dan turut mengemukakan tiga cadangan mengenai isu Afghanistan, termasuk menggalakkan peralihan situasi Afghanistan dengan stabil, menyokong pelbagai pihak dalam negeri Afghansitan mencapai persepakatan politik melalui dialog dan rundingan dengan seawal mungkin, dan menggesa pihak berkenaan Afghanistan memerangi pertubuhan keganasan di wilayah negaranya.

Kontak dan dialog dengan Afghanistan diharap dijalankan. Serentak itu, hendaklah memberikan sokongan kemanusiaan dan menghulurkan bantuan yang diperlukan rakyat tempatan yang berada dalam keadaan susah akibat penularan wabak COVID-19. China sudah mengumumkan akan menghantar sekumpulan barangan bantuan kecemasan kepada Afghanistan, dan lebih banyak lagi pada masa kelak berdasarkan kemampuan negara sendiri.

Xi Hadiri Sidang Kemuncak Pemimpin SCO dan CSTO mengenai Isu Afghanistan_fororder_1127875369_16318923869411n

曹捷