China Sokong Pembaharuan Pusingan Baharu di Zhongguancun

2021-09-24 22:38:33  CRI
Share with:

China Sokong Pembaharuan Pusingan Baharu di Zhongguancun_fororder_1127898518_16324882074721n

Presiden China, Xi Jinping menyatakan, kerajaan menyokong pembaharuan pusingan baharu dilaksanakan di kawasan Zhongguancun Beijing, dan membina kawasan itu taman sains dan teknologi yang maju di dunia bagi menyumbang kepada pertukaran dan kerjasama antarabangsa dalam bidang inovasi sains dan teknologi.

Ketika menyampaikan ucapan tahniah secara maya sempena perasmian Forum Zhongguancun 2021 pada hari ini, Presiden Xi berkata, Zhongguancun merupakan kawasan demonstrasi inovasi pertama di China. Kawasan itu juga merupakan platform peringkat negara yang berfungsi untuk meningkatkan pertukaran dan kerjasama antarabangsa dalam bidang inovasi sains dan teknologi.

“Dunia sekarang mengalami perubahan besar yang belum pernah berlaku sebelum ini. Kesan pandemik COVID-19 terhadap dunia ini akan berlarutan untuk jangka masa panjang. Pemulihan ekonomi dunia menghadapi cabaran serius. Pelbagai negara perlu meningkatkan keterbukaan dan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi agar mencari kaedah dan jalan untuk menangani isu global penting melalui inovasi sains dan teknologi,” kata Xi.

Menurut beliau, pandangan yang berwawasan terhadap masyarakat antarabangsa diperlukan untuk mewujudkan pembangunan sains dan teknologi, usaha untuk memenuhi permintaan baharu manusia dalam kehidupan perlu diutamakan.

Presiden Xi menegaskan, China menumpukan kepada inovasi sains dan teknologi, dan komited memperkasakan kerjasama antarabangsa untuk mendorong kemajuan penyelidikan asas dan transformasi hasil penyelidikan saintifik, memupuk penggerak baharu pembangunan ekonomi, meningkatkan perlindungan hak harta intelek, membina iklim inovasi yang baik serta menyempurnakan tadbir urus sains dan teknologi global agar meningkatkan kesejahteraan manusia.

徐國瑋